Saturday, 9 January 2016

Aku, Hujan dan Doa J

7:17pm – 20th November 2015

Dari pagi aku perhatikan hujan yang turun tidak berhenti. Berhenti sekejap, tapi masih ada yg turun membasahi bumi. Bumi tidak kering jadinya, bagus. Bagus sekali kalau hati aku pun sama seperti bumi ini yang sentiasa basah. Basah juga hati aku, tapi basah kerana kecewa pastinya.

Pasti ramai yg tahu malah lebih arif tentang apa itu ukhwah. Ukhwah yg terbina atas dasar perkenalan, keikhlasan, dan kesungguhan. Sungguh, persahabatan kita yg selama ini terjalin ikhlas dari hati kecil aku. Aku bukan yg pertama kau kenali, tapi kau orang pertama yg mengajar aku apa erti seorang sahabat.

Sahabat yg aku tinggalkan kerana kegagalan aku. Aku pegang jutaan janji yg kau ucapkan dulu. Dulu hidup kau penuh derita. Derita yg hanya kau sahaja mampu untuk luahkan. Luahan setiap perasaan dan kekecewaan kau dalam hidup ini cukup membuatkan aku tersedar betapa dunia ini tidak pernah adil, kejam dan jahat!

Jahat aku sebab biarkan kau sendiri kehaluan yg kau pilih. Pilihan kau cukup besar kerana janji yg aku pegang kau hancurkan. Hancur hati aku tatkala kau katakan niat untuk mengubah hidup kau. Kau ambil jalan mudah. Mudah sungguh kau ucap semua itu. Itu semua ujian untuk dirimu. Diri setiap insan punya banyak kelemahan. Kelemahan itu semua ujian dari Tuhan. Tuhan tidak mnguji hambaNya jika ujian itu jauh dari kemampuan.

Mampu atau tidak, itu semua datang dari setiap insan yang diuji. Ujian kau, ujian dunia. Dunia yg kita singgah buat sementara waktu. Waktu kau mungkin susah di sini, tapi waktu aku menunggu di atas sana.

Sana nanti, Allah akan bertanya kepada aku. Aku diberi tanggungjawab untuk memegang janji kau. Kau pilih untuk berubah arah, ertinya aku gagal. Gagal menjaga sebuah persahabatan, menunai sebuah janji, dan gagal menghadapi sebuah ujian yg Tuhan berikan. Beri aku alasan kenapa kau lakukan semua ini? ‘Ini hidup aku, aku tentukan semuanya itu..’ itu jawabmu.

Jawapan dan alasan yg kau beri tempoh hari masih segar di ingatanku. Aku mohon kau berubah. Perubahan itu, namun, tiada bermakna. Maknanya dalam pertempuran ini aku betul-betul sudah tewas dan gagal. Gagal untuk menjaga janji seorang insan yang memerlukan pertolongan dari diri kecil aku. Aku pasti ada hikmah atas apa yg berlaku dan pasti ada jalan keluar.


Keluarkan namamu di dalam doaku. Doa, saat ini hanya doa yang mampu aku beri. Beri aku peluang Ya Rabbi agar janji-janji itu mampu dikotakan oleh aku. Aku mohon, aku minta, dan aku serahkan semuanya kepadaMu. Kepada kau wahai sahabat, semoga redha Allah terus bersama kita hendaknya. Amin ya Robbil alamin.. J

Monday, 5 October 2015

Patah Berdarah Aku Tetap di Sini J

11:37pm – 5th October 2015.

Insyallah. Aku boleh. Boleh hadapi apa sahaja dugaan yang datang. Datang dan pergi itu lumrah kehidupan manusia. Manusia pandai bertopeng muka. Muka indah di mata, tapi kadang buruk hatinya.

Hati mana yang tidak runtuh bila tahu kawan yang selama ini riang tertawa, hakikatnya menangis bersedih. Sedih memikirkan hidup sendiri. Diri yang diheret kesana kemari rupanya serupa duri. Duri yang tertanam tengak di belakang rupanya tidak sehaluan. Haluannya menuju kekiri, sedangkan luarannya tampak segak menawan. Menawan kalbu kosong ku, jiwa raga ku serta hati murni ku.

Aku sangka ceriamu selama ini berulit bahagia. Bahagia itu rupanya kau sembunyi dibalik topeng palsu. Palsu sungguh senyum mu tatkala aku melihat kau datang bertandang ke rumah. Rumah terbuka itu titik pertemuan kita. Kita? Ya, kita.

Kita ibarat ujian dunia. Dunia bnyak membuat dalih. Dalih aku, dalih kau juga. Juga kau pandai sembunyikan dari dihidu kawan-kawan seperjuangan.

Perjuangan ini akan aku teruskan. Terus tanpa ada segamit ruangan pun yang boleh menolak aku. Aku sudah tanam itu jauh di hati. Hati aku sudah kau hasut untuk setia.

Setia mungkin tidak bermakna bagi sang durjana. Durjana yang menggotor hidup aku dengan kenangan. Kenangan itu sudah aku buang. Buang jauh hingga tidak lagi mampu ditelan arus pembohongan.


Bohong aku katakan kalau aku tidak sayang kau. Kau boleh berusaha untuk tegak berdiri. Diri ini juga tidak akan lari lagi. Lagi jauh kau pergi, lagi dekat aku turuti. Turut ada di sisi kamu wahai sahabat walaupun kau menolak. Tolak lah sekuat hati, ‘patah berdarah aku tetap di sini’. J

Monday, 24 August 2015

Year Two UKDTP J

3:31pm – 24th August 2015

Aku kini masuk tahun kedua Ijazah Jurusan Undang-undang di salah satu menara gading terkenal di ibu kota. Kota besar yang membawa impian aku jauh ke hadapan yang sukar untuk aku bayangkan bagaimana kesudahannya nanti. Nanti aku bakal tempuhi itu. Itu suda aku tulis dalam diari hidup aku.


Aku perlu bersiap sedia untuk habiskan masa setahun di tanah Europe yg sememangnya gah di mata dunia. Dunia yang banyak cabaran ini perlu aku terokai intipati dalamnya serta hayati dasarnya. Dasar yang tiada siapa tahu kecuali Tuhan Yang Esa. Insyallah J

Saturday, 4 July 2015

Maaf? Tidak!

11:28am – 3rd July 2015

Sudah lama aku tinggalkan ruangan bicara ini. Ini bulan ke5 selepas coretan terakhir aku tertulis. Tulisan ini tiba-tiba sahaja datang menerpa. Menerpa aku supaya teruskan luahan hati yang banyak tercalar. Calar dan guris sahaja wahai manusia semua. Semua itu tidak menghalang aku untuk menyombong diri dari kamu. Kamu boleh rosakkan haluan siapa sahaja yang kamu mahu. Mahu rosakkan aku? Aku alukan itu. Itu bukan sahaja akan membangkitkan aku, malah menambah lagi tembok sombong angkuh aku supaya tidak menyapa lagi orang seperti kamu. Kamu boleh pergi. Pergi membawa diri kerana tiada lagi maaf untuk kamu di dalam aku. Aku katakan tidak kepada kamu. Kamu harus tahu itu. Itu balasan atas apa yang kamu buat.


Buat diri aku pula, aku suda nekad untuk mengambil haluan lain. Lain dari yang sebelum ini. Ini mungkin hidayah Allah. Allah Maha Esa lagi Maha Mengetahui. Tahu apa yang patut dan apa yang tidak untuk aku. Aku pun sudah mula tahu, malah mula mengerti. Ertinya, aku kini bukan lagi selemah dulu. Dulu, biar berlalu. Laluan baru aku ada termaktub di hati. Hati seluas lautan ku buka. Ya, buka buku baharu.. J  

Tuesday, 3 March 2015

Aku. Siapa Aku?

Bismillahirahmanirrahim.

Aku. Siapa aku?

Aku seorang budak. budak kecil dari sebuah keluarga. Keluarga yang aku tahu, yakin dan pasti nilai institusinya tidak pernah rapuh. Rapuh dari segi apa? Apa saja yang wujud di bumi fana ini. Ini lah takdir hidup seorang manusia. Manusia yang perjalanannya penuh ranjau, duri, sakit, pahit, perit, sempit dan akhirnya bangkit. Bangkit bagi mereka yang punya iman, taqwa, doa dan usaha. Usaha berterusan, namun hasilnya tetap tidak dicapai oleh sesetengah insan. Insan yang mungkin dikatakan tidak bernasib baik. Baik siapa sahaja, ujian Yang Esa sentiasa ada. Ada yang lemah menerima, ada yang tabah menghadapi. Menghadapi setiap liku-liku dugaan itu. Itulah manusia. Manusia siapa pun tetap begitu. Begitu juga aku.

Aku lahir ke dunia, membawa kegembiraan sebagai salah seorang permata. Permata benar membawa cahaya, namun tetap membawa luka. Luka yang aku tinggalkan selamanya bersama mama. Mama yang aku paling sayang. Sayangnya mama terhadap semua anaknya sehingga sanggup tinggalkan parut di perut. Perut yang menanggung 10 nyawa itu telah aku tanda. Tanda yang cukup buat aku sedar bahawa kelahiran aku di dunia ini adalah hasil torehan 7 lapisan kulit mama. Mama lahirkan abang2 dan kakak2 aku dengan normal. Normal juga baginya lahirkan aku, walaupun terpaksa dibedah oleh doktor itu. Itulah yang buat aku sayang mama sampai syurga. Syurga aku di bawah kaki mama! Mama, terima kasih lahirkan aku! J


Aku suka bila bercerita tentang keluarga. Keluarga yang disegani kerana pimpinan kuat orang atasnya. Atasnya itu sudah pasti bapa. Bapa aku is my big boss. Boss besar, bukan saja di office tapi juga di rumah. Rumah yang aku paling rindu. Rindu betul mahu balik sebab masa ini, aku jauh dari kampung. Kampung siapa lagi kalau bukan kampung bapa. Bapa bawa kami pindah dari kampung mama masa aku tingkatan dua. Dua puluh satu umur aku sekarang, tapi masih anak kecil di mata bapa. Bapa cakap ‘edo ini anak kesayangan saya’. Saya pun sayang bapa juga, bukan setakat hayat ini tapi until jannah nanti! J