Aku, Hujan dan Doa J
7:17pm – 20th November 2015
Dari pagi aku perhatikan hujan yang turun tidak berhenti.
Berhenti sekejap, tapi masih ada yg turun membasahi bumi. Bumi tidak kering
jadinya, bagus. Bagus sekali kalau hati aku pun sama seperti bumi ini yang
sentiasa basah. Basah juga hati aku, tapi basah kerana kecewa pastinya.
Pasti ramai yg tahu malah lebih arif tentang apa itu ukhwah. Ukhwah
yg terbina atas dasar perkenalan, keikhlasan, dan kesungguhan. Sungguh,
persahabatan kita yg selama ini terjalin ikhlas dari hati kecil aku. Aku bukan
yg pertama kau kenali, tapi kau orang pertama yg mengajar aku apa erti seorang
sahabat.
Sahabat yg aku tinggalkan kerana kegagalan aku. Aku pegang jutaan
janji yg kau ucapkan dulu. Dulu hidup kau penuh derita. Derita yg hanya kau
sahaja mampu untuk luahkan. Luahan setiap perasaan dan kekecewaan kau dalam
hidup ini cukup membuatkan aku tersedar betapa dunia ini tidak pernah adil,
kejam dan jahat!
Jahat aku sebab biarkan kau sendiri kehaluan yg kau pilih. Pilihan
kau cukup besar kerana janji yg aku pegang kau hancurkan. Hancur hati aku tatkala
kau katakan niat untuk mengubah hidup kau. Kau ambil jalan mudah. Mudah sungguh
kau ucap semua itu. Itu semua ujian untuk dirimu. Diri setiap insan punya
banyak kelemahan. Kelemahan itu semua ujian dari Tuhan. Tuhan tidak mnguji
hambaNya jika ujian itu jauh dari kemampuan.
Mampu atau tidak, itu semua datang dari setiap insan yang
diuji. Ujian kau, ujian dunia. Dunia yg kita singgah buat sementara waktu. Waktu
kau mungkin susah di sini, tapi waktu aku menunggu di atas sana.
Sana nanti, Allah akan bertanya kepada aku. Aku diberi
tanggungjawab untuk memegang janji kau. Kau pilih untuk berubah arah, ertinya
aku gagal. Gagal menjaga sebuah persahabatan, menunai sebuah janji, dan gagal
menghadapi sebuah ujian yg Tuhan berikan. Beri aku alasan kenapa kau lakukan
semua ini? ‘Ini hidup aku, aku tentukan semuanya itu..’ itu jawabmu.
Jawapan dan alasan yg kau beri tempoh hari masih segar di
ingatanku. Aku mohon kau berubah. Perubahan itu, namun, tiada bermakna. Maknanya
dalam pertempuran ini aku betul-betul sudah tewas dan gagal. Gagal untuk
menjaga janji seorang insan yang memerlukan pertolongan dari diri kecil aku. Aku
pasti ada hikmah atas apa yg berlaku dan pasti ada jalan keluar.
Keluarkan namamu di dalam doaku. Doa, saat ini hanya doa yang
mampu aku beri. Beri aku peluang Ya Rabbi agar janji-janji itu mampu dikotakan
oleh aku. Aku mohon, aku minta, dan aku serahkan semuanya kepadaMu. Kepada kau
wahai sahabat, semoga redha Allah terus bersama kita hendaknya. Amin ya Robbil
alamin.. J
No comments:
Post a Comment