Saturday, 4 July 2015

Maaf? Tidak!

11:28am – 3rd July 2015

Sudah lama aku tinggalkan ruangan bicara ini. Ini bulan ke5 selepas coretan terakhir aku tertulis. Tulisan ini tiba-tiba sahaja datang menerpa. Menerpa aku supaya teruskan luahan hati yang banyak tercalar. Calar dan guris sahaja wahai manusia semua. Semua itu tidak menghalang aku untuk menyombong diri dari kamu. Kamu boleh rosakkan haluan siapa sahaja yang kamu mahu. Mahu rosakkan aku? Aku alukan itu. Itu bukan sahaja akan membangkitkan aku, malah menambah lagi tembok sombong angkuh aku supaya tidak menyapa lagi orang seperti kamu. Kamu boleh pergi. Pergi membawa diri kerana tiada lagi maaf untuk kamu di dalam aku. Aku katakan tidak kepada kamu. Kamu harus tahu itu. Itu balasan atas apa yang kamu buat.


Buat diri aku pula, aku suda nekad untuk mengambil haluan lain. Lain dari yang sebelum ini. Ini mungkin hidayah Allah. Allah Maha Esa lagi Maha Mengetahui. Tahu apa yang patut dan apa yang tidak untuk aku. Aku pun sudah mula tahu, malah mula mengerti. Ertinya, aku kini bukan lagi selemah dulu. Dulu, biar berlalu. Laluan baru aku ada termaktub di hati. Hati seluas lautan ku buka. Ya, buka buku baharu.. J