Tuesday, 3 March 2015

Aku. Siapa Aku?

Bismillahirahmanirrahim.

Aku. Siapa aku?

Aku seorang budak. budak kecil dari sebuah keluarga. Keluarga yang aku tahu, yakin dan pasti nilai institusinya tidak pernah rapuh. Rapuh dari segi apa? Apa saja yang wujud di bumi fana ini. Ini lah takdir hidup seorang manusia. Manusia yang perjalanannya penuh ranjau, duri, sakit, pahit, perit, sempit dan akhirnya bangkit. Bangkit bagi mereka yang punya iman, taqwa, doa dan usaha. Usaha berterusan, namun hasilnya tetap tidak dicapai oleh sesetengah insan. Insan yang mungkin dikatakan tidak bernasib baik. Baik siapa sahaja, ujian Yang Esa sentiasa ada. Ada yang lemah menerima, ada yang tabah menghadapi. Menghadapi setiap liku-liku dugaan itu. Itulah manusia. Manusia siapa pun tetap begitu. Begitu juga aku.

Aku lahir ke dunia, membawa kegembiraan sebagai salah seorang permata. Permata benar membawa cahaya, namun tetap membawa luka. Luka yang aku tinggalkan selamanya bersama mama. Mama yang aku paling sayang. Sayangnya mama terhadap semua anaknya sehingga sanggup tinggalkan parut di perut. Perut yang menanggung 10 nyawa itu telah aku tanda. Tanda yang cukup buat aku sedar bahawa kelahiran aku di dunia ini adalah hasil torehan 7 lapisan kulit mama. Mama lahirkan abang2 dan kakak2 aku dengan normal. Normal juga baginya lahirkan aku, walaupun terpaksa dibedah oleh doktor itu. Itulah yang buat aku sayang mama sampai syurga. Syurga aku di bawah kaki mama! Mama, terima kasih lahirkan aku! J


Aku suka bila bercerita tentang keluarga. Keluarga yang disegani kerana pimpinan kuat orang atasnya. Atasnya itu sudah pasti bapa. Bapa aku is my big boss. Boss besar, bukan saja di office tapi juga di rumah. Rumah yang aku paling rindu. Rindu betul mahu balik sebab masa ini, aku jauh dari kampung. Kampung siapa lagi kalau bukan kampung bapa. Bapa bawa kami pindah dari kampung mama masa aku tingkatan dua. Dua puluh satu umur aku sekarang, tapi masih anak kecil di mata bapa. Bapa cakap ‘edo ini anak kesayangan saya’. Saya pun sayang bapa juga, bukan setakat hayat ini tapi until jannah nanti! J