Maaf? Tidak!
11:28am – 3rd
July 2015
Sudah lama
aku tinggalkan ruangan bicara ini. Ini bulan ke5 selepas coretan terakhir aku
tertulis. Tulisan ini tiba-tiba sahaja datang menerpa. Menerpa aku supaya
teruskan luahan hati yang banyak tercalar. Calar dan guris sahaja wahai manusia
semua. Semua itu tidak menghalang aku untuk menyombong diri dari kamu. Kamu boleh
rosakkan haluan siapa sahaja yang kamu mahu. Mahu rosakkan aku? Aku alukan itu.
Itu bukan sahaja akan membangkitkan aku, malah menambah lagi tembok sombong
angkuh aku supaya tidak menyapa lagi orang seperti kamu. Kamu boleh pergi. Pergi
membawa diri kerana tiada lagi maaf untuk kamu di dalam aku. Aku katakan tidak
kepada kamu. Kamu harus tahu itu. Itu balasan atas apa yang kamu buat.
Buat diri
aku pula, aku suda nekad untuk mengambil haluan lain. Lain dari yang sebelum
ini. Ini mungkin hidayah Allah. Allah Maha Esa lagi Maha Mengetahui. Tahu apa
yang patut dan apa yang tidak untuk aku. Aku pun sudah mula tahu, malah mula
mengerti. Ertinya, aku kini bukan lagi selemah dulu. Dulu, biar berlalu. Laluan
baru aku ada termaktub di hati. Hati seluas lautan ku buka. Ya, buka buku
baharu.. J
No comments:
Post a Comment