Monday, 5 October 2015

Patah Berdarah Aku Tetap di Sini J

11:37pm – 5th October 2015.

Insyallah. Aku boleh. Boleh hadapi apa sahaja dugaan yang datang. Datang dan pergi itu lumrah kehidupan manusia. Manusia pandai bertopeng muka. Muka indah di mata, tapi kadang buruk hatinya.

Hati mana yang tidak runtuh bila tahu kawan yang selama ini riang tertawa, hakikatnya menangis bersedih. Sedih memikirkan hidup sendiri. Diri yang diheret kesana kemari rupanya serupa duri. Duri yang tertanam tengak di belakang rupanya tidak sehaluan. Haluannya menuju kekiri, sedangkan luarannya tampak segak menawan. Menawan kalbu kosong ku, jiwa raga ku serta hati murni ku.

Aku sangka ceriamu selama ini berulit bahagia. Bahagia itu rupanya kau sembunyi dibalik topeng palsu. Palsu sungguh senyum mu tatkala aku melihat kau datang bertandang ke rumah. Rumah terbuka itu titik pertemuan kita. Kita? Ya, kita.

Kita ibarat ujian dunia. Dunia bnyak membuat dalih. Dalih aku, dalih kau juga. Juga kau pandai sembunyikan dari dihidu kawan-kawan seperjuangan.

Perjuangan ini akan aku teruskan. Terus tanpa ada segamit ruangan pun yang boleh menolak aku. Aku sudah tanam itu jauh di hati. Hati aku sudah kau hasut untuk setia.

Setia mungkin tidak bermakna bagi sang durjana. Durjana yang menggotor hidup aku dengan kenangan. Kenangan itu sudah aku buang. Buang jauh hingga tidak lagi mampu ditelan arus pembohongan.


Bohong aku katakan kalau aku tidak sayang kau. Kau boleh berusaha untuk tegak berdiri. Diri ini juga tidak akan lari lagi. Lagi jauh kau pergi, lagi dekat aku turuti. Turut ada di sisi kamu wahai sahabat walaupun kau menolak. Tolak lah sekuat hati, ‘patah berdarah aku tetap di sini’. J

No comments:

Post a Comment